Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Punca kuasa bagi penubuhan Kadet Pertahanan Awam
(KAPA) ialah :-
1. Surat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia IPPA. 40 / 038 – (27)
bertarikh 6 Julai 1993 bertajuk Surat Pekeliling Jabatan Bilangan 1
Tahun 1993 Penubuhan Kadet Pertahanan Awam Di Sekolah -
Sekolah Menengah yang ditandatangani oleh K.Thuraisingam
bagi pihak Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia.
2. Surat Kementerian Pendidikan KP(BS/HEP)8586/069/ ( 1) bertarikh
22 April 1997 , bertajuk Penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan
Awam Malaysia yang ditandatangani oleh Datuk Mat Nor b Daim,
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah ,
Kementerian Pendidikan Malaysia.